K

Sunday, May 13, 2012

Kisah Cinta Marilyn Monroe Dengan Ejen Soviet

Artis terkenal AS, Marilyn Monroe, disebut-
sebut pernah membuat kenalan dengan
agen Kesatuan Soviet. Bahkan, kata khabar
yang beredar, artis papan atas AS ini sempat
menjalin cinta dengan seorang mata-mata
Soviet.
Kisah ini terungkap setelah seorang bekas
agen KGB-dinas rahsia Soviet, Lyudmila
Temnova, menerbitkan sebuah filem
dokumentari. Filem itu berjudul "Monroe in
the Land of Dostoyevsky", yang dikeluarkan
di Rusia akhir tahun lalu dan mula
dimainkan di pawagam-pawagam luar
negeri.
Di filem itu, artis berambut pirang AS itu
dikenali dengan nama pena "Masha".
Sedangkan laki-laki agen Soviet itu bernama
"Vladislav Egorov".
Diceritakan, kedua-duanya bertemu dalam
sebuah acara makam malam di kedutaan
Kesatuan Soviet (USSR) di PBB. Saat itu,
Vladislav Egorov bekerja dengan kedok
pegawai diplomatik di kedutaan Kesatuan-
Soviet itu.
Acara makam malam itu sedianya untuk
menyambut kedatangan pemimpin
Kesatuan Soviet, Nikita Khrushchev, di AS.
Pertemuan itu terjadi tahun 1959.
Hubungan perkawanan keduanya berlanjut
menjadi hubungan asmara.
Pada tahun 1960, setelah Monroe
bertengkar hebat dengan suaminya, Arthur
Miller, Egorov mengundangnya ke Soviet.
Monroe menyanggupi jemputan itu.
Diceritakan, Egorov menyambut Monroe di
lapangan terbang dan membawanya ke
sebuah hotel yang menghadap Kremlin.
Namun, akhirnya, Egorov memboyong
Monroe ke desa. Di sanalah keduanya
memadu cinta tanpa diketahui orang.
Khabarnya, mereka bercinta selama dua hari
di sana. Setelah itu, Monroe kembali ke AS.
Tetapi banyak penulis, termasuk
sejarahwan, meragukan pengakuan dan
kebenaran dokumentari ini. Banyak orang
beranggapan bahawa ini hanya khabar
angin yang penuh dengan intrik politik.
RAYMOND SAMUEL

No comments: