K

Wednesday, July 6, 2011

Sebuah tradisi unik
selalu digelar tiap awal musim
panas di Finland. Pasangan
suami-isteri akan mengadu
kekuatan dan kerjasama dalam
sebuah lomba lari sambil
menggendong isteri.
Menurut harian Metro, pasangan
Taisto Miettinen dan Kristiina
Haapanen membuktikan diri
mereka sebagai pasangan
terbaik dalam tiga tahun terakhir.
Kedua-duanya memenangi
perlumbaan selepas menyisihkan
16 pasangan suami-isteri yang
lain di arena lomba selama tiga
tahun berturut-turut.
Lomba lari yang unik ini terletak
250 meter. Selama berlari, ada
pelbagai halangan yang perlu
dilalui seperti angka rintang dan
menyeberangi kolam air selama
seminit.
Selama pertandingan pun, sambil
berlari peserta lelaki harus
membawa serta pasangan
wanita atau isteri mereka di
bahu, dengan kaki melilit di leher.
Sang pemenang, Miettinen
mengatakan, betapa sulitnya
mempertahankan gelaran juara
yang berlangsung minggu lalu.
"Tentu saja lebih sukar tahun ini
kerana halangan air, yang lebih
dalam," ujarnya.
Dia menambah, "keadaan cuaca
juga sangat panas, suhu 30
darjah celcius sangat
mengganggu saya."
Pasangan ini, seperti dilansir
laman harian Metro,
mendedahkan rahsia untuk
memenangi lomba lari memikul
isteri. Mereka berlatih dengan
menggunakan kasut ski. Setelah
dinobatkan sebagai juara,
pasangan ini menikmati
kemenangan mereka dengan
hadiah sebotol wine.
Perlumbaan unik ini didasarkan
pada legenda seorang pencuri
Finland, Herkko Rosvo-
Ronkainen. Dikisahkan ia
mencuri makanan dan wanita di
desa-desa terdekat dan kabur
membawa curian di atas kepala.

No comments: