K

Friday, July 8, 2011

BUBAR PARLIMEN:Bernama Nafi Hantar SMS Mengenai Pembubaran Parlimen

Bernama Nafi Hantar SMS
Mengenai Pembubaran
Parlimen
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama)
-- Bernama hari ini menafikan
penghantaran teks pesanan
kononnya mengenai
pembubaran Parlimen pada Isnin
ini.
Ketua Pengarang Bernama Datuk
Yong Soo Heong berkata: "Kami
kesal kerana beberapa pihak
tidak bertanggungjawab
mengambil jalan keluar dengan
menggunakan SMS (khidmat
pesanan ringkas) untuk
memanipulasi minda rakyat
dengan matlamat mewujudkan
keadaan huru-hara dan
kekeliruan sambil merancang
niat tersembunyi mereka."
"Teknologi mempunyai dua
maksud dan adalah lebih baik
untuk menggunakannya dengan
bijaksana. Ini bukanlah kali
pertama pihak yang tidak
bertanggungjawab mengambil
kesempatan ke atas saluran
penyebaran yang meluas dan
nama baik Bernama," katanya
dalam kenyataan yang
dikeluarkan di sini hari ini.
"Kami menggesa mereka yang
telahpun menerima SMS
kononnya mengaitkan Perdana
Menteri dengan dakwaan
pembubaran Parlimen pada Isnin
ini supaya mengabaikannya
sama sekali," katanya.
Yong berkata Bernama akan
bekerjasama dengan pihak
berkuasa untuk mengesan pihak
yang bertanggungjawab
menyebar SMS palsu dan
melampau itu.

No comments: