K

Wednesday, April 6, 2011

GURU MUSIK SEKOLAH AGAMA KANTOI

Guru kencing berdiri murid kencing berlari
Seorang guru lelaki
sebuah sekolah agama di sini
diberkas setelah polis menemui
dadah di kediamannya di Jalan
Hiliran, pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik Negeri Supt Roslan
Abdul Wahid berkata, dalam
serbuan pada 1 pagi itu, polis
menemui ganja seberat 317
gram tersembunyi dalam sebuah
beg gitar di bilik guru bahasa
Inggeris berusia 40 tahun itu.
"Suspek yang telah berkahwin
dan mempunyai tiga orang anak
itu bertindak memadamkan
lampu sebaik sahaja menyedari
kehadiran polis, bagaimanapun
dia berjaya ditahan dan didapati
berada di bawah pengaruh
dadah.
"Polis menemui wang tunai
RM3,250 dalam genggaman
suspek," katanya kepada
pemberita di sini.
Roslan berkata ujian air kencing
mendapati guru itu positif dadah
dan merupakan seorang penagih
tegar sejak 10 tahun lepas.
Menurutnya polis tidak menolak
kemungkinan guru berkenaan
turut mengedar dadah dalam
kalangan pelajar.
Guru itu ditahan reman selama
lima hari bermula hari ini bagi
membantu siasatan.

No comments: