K

Wednesday, March 30, 2011

PAKAIAN DALAM FULL AIRCOND

Syarikat pembuat
pakaian dalam, Jockey,
melakukan inovasi unik untuk
para wanita. Mereka
mengembangkan seluar dalam
dengan teknologi berpendingin,
yang membuat pemakainya
merasa nyaman.
Dengan teknologi StayCool
Outlast, seluar dalam tersebut
boleh membuat kulit di kawasan
kelamin, tiga darjah lebih sejuk.
Seperti dilansir dari Shine,
material seluar dalam ini dahulu
dibangunkan oleh badan
antariksa Amerika Syarikat, NASA,
untuk membantu
mengimbangkan suhu yang
berubah-ubah di luar angkasa.
Untuk bahan seluar dalam
sendiri merupakan campuran
dari kain kapas dan spandex.
Bukan hanya seluar dalam saja,
terdapat juga tshirt santai dan
tshirt tanpa lengan yang juga
dilengkapi teknologi
berpendingin.
Seluar dalam dan tshirt terdiri
daripada pelbagai pilihan warna.
Harga seluar dalam tersebut
cukup terjangkau, iaitu US $ 24
untuk tiga buah,
dan harga tshirt US $ 21.
Anda berminat membelinya?

No comments: