K

Saturday, October 19, 2013

keunikan umno bahagian arau perlis

korang mahu komen apapun,inilah yang dimahukan oleh sebahagian besar ahli umno bahagian arau perlis... Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Arau pada pemilihan Umno Bahagian itu semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Perlis Datuk Abdul Azib Saad mengumumkan bahawa Shahidan mendapat 478 undi berbanding pencabarnya Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perlis Jafperi Othman yang mendapat 206 undi. Adik Shahidan, Datuk Ismail Kassim pula mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau apabila menewaskan pencabarnya Senator Khalid Ahmad. Ismail yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang memperoleh 439 undi manakala Khalid yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis memperoleh 230 undi. Sabtu lalu, isteri Shahidan, Datin Seri Shamsiah Md Yassin menang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Arau pada pemilihan sayap parti itu, mengalahkan penyandangnya, Datuk Mastika Junaidah Hussin.

No comments: