K

Monday, July 16, 2012

Lingery tertua

Bayangkan jika anda mencari
pakaian dalam yang sudah berusia 500
tahun. Mungkin material bahannya sudah
rosak kerana rapuh. Ini yang terjadi di
sebuah istana di Austria. Sejarawan mencari
pakaian dalam wanita yang disimpan di
dalam peti sejak abad ke-15 - sebelum
pakaian dalam wanita menjadi tren dan
bahkan dianggap sudah ada.
Satu set pakaian dalam daripada linen ini
memang diyakini sebagai bra dan seluar
dalam kerana persamaan bentuknya dengan
pakaian dalam ala sekarang. Seperti dilansir
Daily Mail, seluar tersebut bermodel bikini
string, dan bra dengan cawan yang
membentuk segitiga sebagai penutup
dada yang sangat sederhana.
Seorang kurator mode di Museum of
London, Hilary Davidson, berpendapat
penemuan ini dapat menorehkan sejarah
baru dalam perkembangan mode, kerana
sebelumnya pakaian dalam diyakini mulai
booming pada abad ke-18.
Bra dan seluar yang ditemui ini memang
mirip dengan pakaian dalam yang
dikenakan para wanita Inggeris pada abad
pertengahan. "Ini sangat jarang berlaku, ada
model pakaian yang dapat bertahan sampai
dengan era sekarang," terang Davidson.
Biasanya, apa-apa jenis pakaiannya akan
terus berubah mengikut perkembangan
mode sesuai dengan zaman.

No comments: