K

Thursday, October 27, 2011

amil zakat terleebih amanah?

JOHOR BAHRU - Polis mencari seorang lelaki
yang dilantik Majlis Agama Islam Johor
(MAIJ) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan
Kulaijaya kerana gagal menyerahkan wang
kutipan kepada majlis berkenaan.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial Johor, Supt Mohd Luthfi Ismail
Abdullah, berkata Redzuan Mohd Said, kad
pengenalan 830803-01-5859 yang
beralamat terakhir di No.5506, Jalan
Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya
dipercayai membuat kutipan zakat sebanyak
RM18,000.
Beliau meminta orang ramai yang
mempunyai maklumat mengenai lelaki itu
untuk menghubungi polis bagi membantu
siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun
Keseksaan kerana pecah amanah yang
memperuntukkan penjara tidak melebihi 14
tahun, sebat dan denda, jika disabit
kesalahan.
Polis turut mencari Mohd Syafiq Ram
Abdullah (711204-07-5591) beralamat
terakhir di No C3-02-02, Kediaman Pegawai
Tentera RKAT, Jalan Indah Kem Sungai Besi,
Kuala Lumpur.
Dia diperlukan bagi membantu siasatan
bersabit tiga kes mengikut Seksyen 420
Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mohd Luthfi berkata, lelaki itu menawarkan
kepada mangsa penjualan kereta baru yang
berharga lebih murah daripada harga
pasaran.
Namun selepas mangsa membuat
pembayaran, suspek tidak menyerahkan
kereta berkenaan dan terus tidak dapat
dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun
Keseksaan kerana menipu dan jika sabit
kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10
tahun dan disebat dan didenda.
Orang ramai yang mempunyai maklumat
mengenai kedua-dua kes boleh
menghubungi Ketua Bahagian Siasatan
Jenayah Komersial Kulai Jaya talian
07-6632222 sambungan 6436. - Bernama

No comments: