K

Tuesday, June 28, 2011

ROGOL SAMPAI MATI

Ajal
datang tak kenal
waktu! Itulah yang
dialami seorang lelaki Texas,
Amerika Syarikat, yang tewas
sewaktu memperkosa seorang
perempuan berusia 77 tahun,
demikian laporan media
tempatan seperti dikutip AFP.
Isabel Chavelo Gurierrez (53)
memasuki rumah perempuan
yang sudah nenek-nenek itu di
kawasan luar bandar, dengan
bersenjatakan pisau. Dia
menyerang perempuan tersebut.
Tapi di tengah-tengah
melaksanakan hajatnya kepada
perempuan itu, si pemerkora
mengeluh tidak sihat dan
"berhenti melakukan adegan
seks dengan perempuan
tersebut sehingga ia boleh
berehat", demikian laporan
Corpus Christi Caller mengutip
keterangan pejabat sheriff
tempatan.
Namun, lelaki itu terus saja
membelai perempuan lanjut usia
tersebut. Lalu terguling dan
tewas.
Perempuan itu mulanya
menyangka lelaki tersebut
pengsan kerana mabuk kerana ia
mencium bau alkohol dari nafas
si pemerkosanya Perempuan
tersebut meninggalkan
rumahnya dengan menaiki
kereta dan menelefon putrinya
untuk meminta tolong.
Penyiasat mengesyaki Gutierrez
tewas akibat serangan jantung
selepas naik motor sejauh dua
batu ke rumah perempuan itu
pada siang hari musim panas.
Tapi pihak berkuasa masih
menunggu hasil otopsi.
Ia menjalani tidak bersyarat atas
tindak pidana yang berkaitan
dengan seks, termasuk
perbuatan lucah terhadap
seorang anak pada 1986 dan
telah dibebaskan dari penjara
pada 2008.

No comments: