K

Thursday, June 2, 2011

HARAM MENDIRIKAN TUGU 1MALAYSIA?

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Mufti
Perlis Dr Juanda Jaya
menasihatkan kerajaan negeri
tidak membina replika tugu
1Malaysia yang disebut-sebutkan
akan didirikan di Perlis dalam
waktu terdekat.
Bagaimanapun sehingga kini
tiada pengumuman rasmi
mengenai pembinaan tugu itu.
Juanda (gambar) berkata
jawatankuasa fatwa negeri yang
bermesyuarat April lalu
memutuskan bahawa tugu yang
disebut-sebutkan itu tidak wajar
dibina kerana ia bercanggah
dengan akidah Islam.
Fatwa itu antara lain berbunyi,
“membina replika tugu 1Malaysia
adalah ditegah kerana ia
mengandungi unsur
penghormatan yang dikhuatiri
boleh menjurus kepada
pemujaan al-Ansab sebagaimana
yang ditegah dalam surah al-
Maidah ayat 90.”
Kata beliau, fatwa itu telah
disembah maklum kepada Raja
Perlis pada 20 April,“cuma kita
tidak wartakan fatwa ini.”
“Ia adalah fatwa nasihat yang
perlu diikuti oleh umat Islam,”
katanya lagi.
Selain itu, kata beliau, kewajaran
tegahan ini juga dilihat dari
sudut pembaziran yang
diharamkan oleh Islam.
Fatwa berkenaan perkara itu
turut dimuatkan dalam majalah
bulanan Irsyad Hukum edisi
terbaru.
“Sejauhmana ia akan dibina
belum ada makluman rasmi,
tetapi kami terima panggilan
orang ramai mengenai perkara.
Oleh itu, jawatankuasa fatwa
datang dengan keputusan ini,”
kata beliau lagi.

No comments: