K

Thursday, September 13, 2012

kertas ujian unik

Siapa yang tak pening?hahaha bukan pening cari jawapan dari soalan tapi pening camna nak tanda kat kertas jawapan..depa suruh pilih a,b,c,d,e kat kertas jawaban cuma ada a,b,c dan d
kompirm langsung takda soalan yang jawapannya 'e'? Dok aih korang baca je kat bawah ni:


Lembaga Peperiksaan telah mengambil
tindakan segera dalam mengatasi kesilapan
pada kertas peperiksaan ujian Aptitud Tahun
Enam yang diduduki pelajar pada petang
semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran,
semua sektor penilaian dan peperiksaan
Jabatan Pelajaran negeri diarah untuk
memaklumkan kepada ketua pengawas
peperiksaan sekiranya terdapat jawapan E
bagi soalan 41 hingga 61, calon peperiksaan
diarah untuk menulis huruf E di kertas
jawapan objektif.
Masalah ini timbul apabila ruang jawapan
objektif bagi soalan 41 hingga 61 yang
disediakan untuk calon hanya mempunyai
abjad A,B,C dan D sahaja, sedangkan pilihan
jawapan pada kertas soalan itu adalah A,B,C,D
dan E.
Kenyataan itu turut menyebut Lembaga
Peperiksaan akan memeriksa jawapan calon
secara 'hand score' dan keputusan ujian ini
tidak akan menjejaskan keputusan Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan tidak
dicetak pada slip keputusan calon.
Ujian Aptitud ini bertujuan melihat potensi
diri, minat dan kecenderungan murid dan
potensi yang dilaporkan berdasarkan dua
kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah serta
membuat keputusan.
Minat dan kecenderungan murid dilihat dalam
bidang akademik, teknik, vokasional, seni
budaya dan sosial atau sukan, menurut
kenyataan itu.
- Bernama

No comments: